kami bagaikan 1 family #my classmate

kami bagaikan 1 family #my classmate

Thursday, 12 September 2013

kekecewaan





Kadang-kadang kita minta pada Allah sesuatu, seseorang… yang kita rasa ‘inilah yang terbaik untuk aku’.
Tapi Allah beri kita yang sebaliknya. Allah tunjukkan melalui istikharah atau istisyarah, ‘…boleh jadi kau menyukai sesuatu tapi itu tidak baik untukmu…” Mulalah kita sedih, kecewa. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah ‘mengapa?’. Mulalah kita rasa tidak yakin pada petunjukNya.

Sabarlah. Ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, Allah pasti tunjukkan mengapa bukan dia, mengapa bukan itu, mengapa bukan ini…Allah pasti akan beri peluang untuk kita nampak sendiri mengapa itu tidak baik untuk kita.

Pandanglah dengan mata hati. Allah itu baik, Allah tidak pernah leka. Yakinlah pada petunjukNya. Tidak pernah Dia menarik sesuatu tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti. Terima kasih, Allah. Kerana dibukakan pandangan mata hati ini  


Pesan pada diri kuatkan semangat. 
Pesan pada hati, kukuhkan iman. 
Pesan pd naluri jgn mengeluh & kecewa kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Andai Kita jatuh kerana manusia, maka bangkitlah kerana Allah. Kerana yang menentukan kehidupan kita bukanlah manusia, tetapi Allah...Alhamdulillah,.. 

No comments:

Post a Comment